TIP MELANGGAN PELAN INTERNET

Internet dan manusia berpisah tiada. Pada zaman yang serba maju ini, internet memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Sama ada untuk kegunaan harian biasa, kerja, perniagaan, hubungan sosial atau apa sahaja.

Seringkali kita nak langgan pelan internet, tetapi kita tak tahu nak pilih telco apa yang sesuai dengan kegunaan kita.

Langgan telco A, nanti line tak okey pulak. Langgan telco B, mahal pulak. nak langgan telco C, itu je pilihan yang ada sebab telco lain semua dah tak okey.

Pening kan?

So apa nak buat?

Di bawah ni saya kongsikan beberapa tip untuk anda di luar sana perlu tahu sebelum, semasa dan selepas melanggan pelan internet.

SEBELUM

Semak coverage – Pastikan line telco yang anda nak langgan tu ada coverage yang kuat di lokasi anda atau tempat yang kerap anda nak pergi. Seeloknya, survey coverage di beberapa telco. Macam mana nak semak? Takkan nak beli simkad satu-satu?

Bukan macam tu. Anda boleh call ejen atau operator telco untuk semak coverage. Atau anda boleh juga semak coverage telco melalui aplikasi Open Signal. Download dan search coverage telco di lokasi yang anda mahukan.

Pilih pelan – Ramai yang berminat dengan unlimited data tetapi banyak berlaku pembaziran daripada manfaat. Contohnya, langgan pelan unlimited data tetapi tidak digunakan sebaiknya pun. Ada pelanggan saya yang total kegunaan bulanan tak sampai 5GB pun. Jadi, apa perlunya langgan unlimited data?

Pastikan anda faham tentang pakej internet yang anda nak langgan. Jika was-was, boleh bertanya kepada ejen atau pihak kedai yang anda sedang berurusan. Elakkan tengok pakej tanpa bertanya atau bertanya dengan orang yang bukan dalam bidangnya.

Dengan bertanya, anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma sama ada pelan yang anda mahu itu sesuai atau tidak untuk anda.

Kadar bayaran – Ini paling penting. Ada ramai yang kata mampu bayar langganan internet setiap bulan. Tetapi akhirnya ada jugak yang tertunggak bayaran sebulan, dua bulan. Perkara ini perlu dielakkan. Pastikan anda mampu bayar bulanan supaya talian anda tidak disekat dan seterusnya menyusahkan diri sendiri untuk berurusan secara online.

Bagi penggemar prepaid, soal harga mungkin tak jadi masalah besar. Tapi bagi pelanggan postpaid, wifi yang perlu bayar bil setiap bulan, perkara ini perlu ada dalam pertimbangan selepas anda berhasrat nak memilih pelan telco tersebut.

Terma dan syarat – Hal ini sangat mustahak. Sebelum buat keputusan melanggan, tanya ejen atau pihak yang anda berurusan tentang terma dan syarat telco supaya tidak berlaku salah faham.

SEMASA

Semak maklumat – Semasa hendak buat pendaftaran pelan internet, pastikan anda beri maklumat yang lengkap untuk melancarkan urusan pendaftaran.

  • Nak kekal nombor lama atau nombor baru?
  • Jika nak kekal nombor lama, pastikan nombor tersebut daftar atas nama anda, bukan nama orang lain.
  • Pastikan anda tahu pelan yang anda langgan itu prepaid atau postpaid. (masih ada yang tidak cakna istilah prepaid dan postpaid)

SELEPAS

After sales – Sila simpan nombor telefon ejen yang anda berurusan. Jika ada masalah di kemudian hari, anda boleh hubungi ejen tersebut. Jika anda berurusan dengan pihak kedai, simpan nombor telefon kedai tersebut. Jika ada masalah, terus ke kedai atau hubungi staf bertugas di kedai tersebut.

Ada pelanggan yang daftar pelan internet dengan orang lain, kemudian berlaku masalah hubungi orang lain. Anda tidak hubungi orang yang sepatutnya untuk selesaikan isu.

Tapi bukan bermakna anda hubungi ejen lain adalah salah. Bukan macam itu. Sebaik-baiknya, anda dapatkan khidmat berterusan daripada ejen atau pihak kedai yang anda berurusan. Itu lebih baik.

Simpan – Jangan lupa untuk dapatkan nombor talian khidmat pelanggan syarikat telco tersebut daripada ejen atau pihak kedai. Ini untuk memudahkan anda apabila menghadapi masalah talian untuk terus berhubung dengan pihak syarikat telco sekiranya anda tidak boleh hubungi ejen atau pihak kedai yang anda register pelan internet.

Aplikasi – Jangan lupa untuk muat turun aplikasi yang pihak telco dah sediakan. Melalui aplikasi tersebut anda mudah nak semak buat semakan kegunaan data, bil bulanan, topup, info semasa dan sebagainya.

Group – Jika ejen ada sediakan group khas untuk pengguna, masuk group tersebut untuk dapatkan info semasa berkaitan telco, promosi, tip dan sebagainya

Untuk pelanggan saya memang saya sediakan group khas dalam aplikasi Telegram untuk memudahkan mereka mendapat info semasa dan terkini. Boleh klik DI SINI

Channel Telegram untuk pengguna redONE

Sekian dahulu untuk waktu ini.

Nak langgan pelan internet redONE? Boleh daftar sendiri dengan scan QR CODE di bawah atau tekan pada gambar untuk memilih pelan internet dan daftar secara atas talian. Simkad akan di pos ke alamat anda.