TAK NAK JIMAT KE?

Kalau kita nak guna dan pilih sesuatu produk telco adalah berdasarkan kemampuan kewangan dan kesesuaian liputan. Tapi ramai yang terbalik. Pilih data paling besar dan harga mahal. Pakai semahu-mahunya.

Lepas tu cukup bulan bil sampai buat-buat tak nampak. Tak nak bayar. Bila tertunggak dua bulan, line disekat, mula la kata itu ini. Telco tu tak bagus, telco ni kedekut, line slow, macam-macam rungutan.

Masa langgan tak fikir panjang pun akan kena bayar mahal setiap bulan. Mampu ke tak mampu nak bagi komitmen.

Itu dari segi harga. Dari segi penggunaan pulak, bukan semua kuota data atau unlimited call tu diguna. Tapi tetap bayar mahal setiap bulan. Kan membazir duit namanya tu.

Sekarang ni dah ada pakej internet dan call murah dari redONE. Kenapa masih nak pakai yang mahal dan membebankan?..

Ada yang jawab, “..suka hati akulah. Aku yang bayo. Bukan kau tolong bayokan pun..”

Betul. Cuma jangan bangga sangat guna pelan postpaid mahal-mahal tapi hakikatnya tak mampu nak bayar setiap bulan. Paling teruk bila ada bil tertunggak dan ada yang melompat ke telco lain tanpa bayar bil telco sebelumnya.

Nasihat saya, jangan cuba-cuba susahkan masa depan sendiri. Apabila nama dah blacklist kerana kesilapan sendiri, nak buat apa-apa urusan di masa akan datang dah jadi susah.

Bukan marah. Nasihat je..hehe..

Berjimatlah dengan redONE postpaid.

Leave a Reply

Your email address will not be published.