SEMAK COVERAGE TELCO

Macam mana nak semak coverage sesuatu telco tu bagus atau tidak di kawasan anda?

Pernah ambil tahu tak? Atau anda nampak ada promosi pakej internet murah, terus langgan?

Sebenarnya adalah penting untuk kita sebagai pengguna ambil tahu coverage telco di sesuatu kawasan yang kita kerap pergi sebelum kita bersetuju melanggan pelan telco yang ditawarkan.

Jika kita sudah tahu coverage telco di kawasan kita itu bagus atau sebaliknya, kita boleh buat keputusan sewajarnya untuk melanggan atau tidak.

Macam mana nak semak coverage telco anda sedang guna itu bagus atau tidak? Sesuai atau tidak di kawasan kita?

Takkan nak beli semua simkad dan test satu per satu?

Tidak, ada cara yang lebih praktikal. Anda cuma perlu download aplikasi Open Signal seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah ;

Boleh download di Google Play Store atau Apple App Store

Selepas download, anda boleh mula gunakan aplikasi ini untuk kenal pasti coverage telco yang anda sedang guna.

Pastikan anda dah on data sebelum buka aplikasi ini. Test kelajuan internet di dalam dan di luar rumah.

Speed test – download, upload dan latency sewaktu hujan.

Gambar di atas adalah test upload yang saya sendiri lakukan di dalam bangunan ketika cuaca hujan di luar.

  1. DOWNLOAD SPEED– bermaksud kelajuan muat turun gambar atau fail pada skala 10.9 mbps
  2. UPLOAD SPEED – bermaksud kelajuan memuat naik gambar atau dokumen pada kelajuan 10.0 mbps
  3. LATENCY – atau dengan nama lain PING, bermaksud tempoh masa yang diambil untuk peranti anda berhubung dengan menara telekomunikasi terdekat. Lagi dekat bermaksud lagi bagus.
Kelajuan menonton video HD dalam bangunan ketika cuaca hujan

Gambar di atas pula saya gunakan untuk test kelajuan menonton video seperti di You Tube, Facebook dan Instagram.

  1. LOADING – bermaksud kecepatan membuka video 2.4 saat sahaja.
  2. BUFFERING – pada kadar 0.0 saat. Sangat bagus. Bermakna tiada gangguan.
  3. PLAYBACK – bermaksud kelajuan video diulang semula pada kadar 86.2%. Peratus yang tinggi adalah lagi baik.
Senarai telco boleh klik pada butang MENU

Dengan aplikasi ini juga anda boleh semak telco apakah yang sesuai dengan lokasi anda. Klik saja pada butang menu untuk carian telco yang terbaik.

Perlu diingat, aplikasi ini hanya memaparkan syarikat penyedia rangkaian sahaja. Sekiranya anda menggunakan redONE, ia adalah di bawah Celcom kerana redONE adalah MVNO di bawah Celcom.

Jadi, apa perlu anda buat?

Sekiranya anda telah membuat semakan dan sudah ketahui telco yang mana sesuai di lokasi anda, bolehlah anda membuat kira-kira untuk tindakan selanjutnya sama ada nak terus setia dengan telco lama atau bertukar ke telco yang baru.