SCAM vs REAL BIZ

Ramai peniaga baru yang nak berkecimpung dalam real bisnes. Tapi perkara yang mereka paling takut adalah nak keluarkan modal.

Ini adalah mentaliti yang biasa saya jumpa. Semua nak free. Tak nak risiko atau tak nak keluarkan kos tapi nak untung banyak dan nak cepat kaya.

Mereka yang simpan mentaliti macam ni biasanya dari golongan yang kurang ilmu bisnes, tamak, ego dan penakut.

Sebab apa?

Real bisnes mereka tak berani keluarkan modal. Tapi bila ada bisnes scam yang janjikan untung saja, mereka berani keluarkan modal tanpa siasat sewajarnya bisnes yang mereka laburkan modal.

Saya pernah jumpa beberapa individu yang tertipu dengan skim pelaburan emas sehingga mengalami kerugian berbelas dan berpuluh ribu.

Saya percaya ramai lagi yang berani keluarkan modal dan sanggup ditipu dengan konsep perniagaan berasaskan penipuan ni.

Tapi bila sebut real bisnes, tidak ramai yang berani keluarkan modal.

Sebab otak dah dilekatkan dengan ‘bisnes SCAM’ janji untung sekelip mata, tak perlu cari orang, duduk diam dapat duit dan macam macam lagi janji manis.

Real bisnes lambat kaya, income kecil, kena buat kerja, kena cari orang, kena buat itu kena buat ini dan macam macam lagi.

Kawan, itulah usaha. Cara bisnes macam tu la yang lebih nikmat, rezeki lebih berkat berbanding tipu duit orang lain.

Mungkin ada dalam kalangan anda pernah ditipu ketika terjebak dengan perniagaan SCAM sebelum ni.

Pengalaman dulu menyebabkan anda rasa serik untuk ‘berniaga’ lagi.

Kawan, kegagalan dulu adalah sebab tiada ilmu. Jadikan kegagalan dulu sebagai batu loncatan. Bangkitlah semula dan bina hiduo baru yang lebih baik daripada sebelum ni.

Saya sebagai team leader redONE sentiasa menanti dan mengalukan kedatangan anda ke dalam team saya.

Berminat untuk sertai team saya boleh klik butang di bawah :

Leave a Reply

Your email address will not be published.