SALAM AIDILFITRI

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana atas izin-Nya, kita dapat menamatkan perjuangan menahan gelora nafsu dan meningkatkan amal ibadat di bulan yang mulia.

Ramadan telah pergi meninggalkan kita. Giliran Syawal untuk kita raikan pula.

Jika pada bulan Ramadan ramai yang berbelanja mewah agar nampak bergaya semasa menyambut Hari Raya, cerita selepas itu pula berbeza.

Ramai yang mula mencatu duit poket akibat terlebih belanja semasa puasa. Di mana silapnya?

Tak salah bergaya asalkan tidak berlebih-lebihan hingga berlakunya pembaziran wang.

Jika umur panjang, ramai yang akan hidup selepas Hari Raya, kembali bekerja dan semua itu memerlukan wang untuk menampung kos hidup sehingga waktu gaji tiba.

Apakan daya, semuanya dihabiskan sebelum Hari Raya.

Sebab itu pentingnya ada simpanan kecemasan, side income dan tabung untuk waktu yang seperti ini.

Jadikan pengajaran agar tidak berulang lagi di lain masa.

Di kesempatan ini juga, admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengguna redONE dan ejen redONE team admin.

Semoga lebaran kali ini membawa lebih makna kepada kita semua. Salam kosong-kosong

Antara pelanggan yang langgan pakej redONE sebelum Raya. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.