REKOD TAK CANTIK

Pernah kira tak berapa jumlah bil wifi, postpaid atau topup prepaid yang anda dah guna setiap bulan?

Jika penggunaan di bawah 15GB sebulan atau 10GB sebulan dan purata kos sekitar RM60, anda masih dalam kategori pengguna yang berhemah.

Itu jika anda bukan menjalankan bisnes online pada skala besar.

Jika anda pengguna biasa, hanya guna internet dan call untuk aktiviti bersosial, 20GB data pun tak cukup, kos bayaran bulanan tinggi melebihi RM100, saya syorkan anda ubah tabiat tu.

Bagi yang mampu, itu cerita lain. Bagi yang kurang berkemampuan (dari segi komitmen bulanan) tapi bernafsu nak pakai unlimited data jika diamalkan tabiat ni akan memakan diri kelak.

Sekali dua anda pakai dan tertunggak bayaran bulanan, kemudian berulang perkara yang sama pada bulan berikutnya menunjukkan rekod anda ‘tak cantik’.

Jika anda mampu bayar komitmen bulanan mengikut tarikh tanpa tunggakan, itu tiada masalah.

Jadi, jaga rekod masing-masing supaya nama tidak disenarai hitam dalam mana-mana syarikat telco.

Sekali anda buat masalah, telco lain akan reject anda. Mereka pun tak mahu ambil anda jadi pelanggan mereka melainkan anda selesaikan hutang lama dan bersihkan nama.

Jangan culas bayar bil ya.

Bagi pengguna prepaid yang topup RM20 setiap minggu, saya sarankan anda supaya beralih ke pelan postpaid yang lebih sesuai.

Seminggu anda topup RM20, bermakna setiap bulan anda dah habiskan RM80. Mahalnya kos telco anda.

Cuba cek pelan postpaid redONE paling murah dan paling mahal di website ni.

Anda akan jumpa pakej paling mahal RM68 sahaja.

Daripada anda habiskan RM80 setiap bulan, lebih baik anda jimatkan duit RM12 tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.