PKP PEMULIHAN

[ TENANG MALAYSIA ]

Ramai yang rasa lega dengan pengumuman PM8 tadi, kan. Mesti ramai yang tertunggu-tunggu pengumuman penting termasuklah saya.

Alhamdulillah. Syukur..🤲

Lepas ni dah boleh plan semula aktiviti masing-masing terutamanya yang terjejas pendapatan untuk sara diri dan keluarga sepanjang PKP.

  1. Pelancongan domestik dibenarkan tetapi pintu masuk antarabangsa masih ditutup.
  2. Operasi premis perniagaan kembali kepada biasa.
  3. Sekolah dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP.
  4. Pusat hiburan seperti pub, karaoke masih dilarang.
  5. Perhimpunan melibatkan ramai org tidak dibenarkan.
  6. Sambutan Hari Raya Aidiladha dan aktitiviti korban dibenarkan mengikut SOP ditetapkan.
  7. Beberapa sukan dan aktiviti rekreasi akan dibenarkan kecuali sukan melibatkan sentuhan, penonton dan perhimpunan penyokong.

Banyak kelonggaran diberi dan saya pun rasa lega dah boleh balik kampung lepas ni.

Tapi, sekali lagi diingatkan, vaksin belum ada. Takleh nak hepi sokmo. Kalau kes meningkat, boleh jadi dikenakan PKP semula.

So, patuhilah SOP..

Terima kasih kerajaan.
Terima kasih frontliner.
Terima kasih rakyat Malaysia.