PANGGILAN SCAMMER

Hati-hati kepada semua pengguna telefon. Sekarang ni makin rancak panggilan dibuat oleh scammer (penipu) online.

Macam-macam kaedah, taktik digunakan bagi memperdaya pengguna. Sesiapa sahaja boleh terkena.

Tidak kira anda kerja apa, umur berapa, tinggal di mana. Scammer ni akan sedaya upaya hubungi anda untuk dapatkan hasil kerja haram mereka.

Terdapat laporan mengatakan golongan bijak pandai pun boleh terkena dengan taktik licik scammer ni.

Golongan wanita yang kesunyian, lelaki berkerjaya, golongan profesional semuanya akan digoda.

Ikut nasihat di bawah bagi memastikan anda selamat daripada scammer yang semakin menjadi – jadi ni.

  • jangan jawab panggilan telefon dari orang yang tidak dikenali.
  • jangan call semua nombor telefon daripada orang yang tidak dikenali.
  • jangan beri sebarang maklumat peribadi yang diminta melalui panggilan.
  • jangan berinteraksi dengan orang yang anda sendiri tidak kenal.
  • jangan berdebat, terus letak telefon atau silent panggilan tersebut.
  • sekat nombor telefon orang yang tidak dikenali tetapi kerap hubungi anda.
  • jangan terpedaya dengan taktik penjenayah online.

Leave a Reply

Your email address will not be published.