PANDUAN MEMILIH TELCO

Biasanya pengguna yang nampak iklan telco tawarkan data besar tanpa banyak soal akan terus langgan pakej tersebut.

Baru pakai sekejap data habis. Rupa rupanya yang ditawarkan data besar tu sikit je. Selebihnya data basic. So, internet jadi slow. Kena tunggu masuk bulan baru untuk auto renew data.

Mesti ramai yang kecewa jadi macam tu. Pengguna prepaid pulak rasa macam tertipu je dengan iklan ejen.

Sebenarnya, apa yang ejen tu iklankan betul. Cuma sebagai pengguna anda kena tanya betul betul kepada ejen pakej yang diiklankan.

Meh saya bagi panduan macam mana nak pilih telco terbaik dan sesuai untuk anda.

  1. Cek coverage dulu. Kalau data besar tapi dekat kawasan anda takde signal pun tak berbaloi langgan.
  2. Tanya ejen pakej yang anda nak tu ada pecahan data tak? Contoh tawaran 60GB. 20GB data laju bebas guna + 20GB you tube + 20GB facebook, intagram.
  3. Kaji penggunaan bulanan anda. Kalau sebulan tak sampai 10GB anda guna, buat apa nak langgan pakej unlimited call. Data banyak banyak anda nak buat apa kalau tak dipakai.
  4. Buat anggaran bayaran bulanan yang anda mampu. Kalau bajet anda sekitar RM30 sebulan, cari pakej yang RM30 sebulan saja. Jangan tamak nak langgan pakej RM200 sebulan. Nanti anda yang tanggung akibatnya.
  5. Tanya ejen kaedah paling senang nak bayar bil atau dapatkan topup.
  6. Simpan nombor customer service. Sebarang masalah anda kena segera call customer service. Ejen ni tugas dia buat sales. Masalah teknikal line atau isu yang berat berat kena rujuk customer service
  7. Jika pakai bil, jangan tangguh bayar sampai tertunggak. Nanti bil melambung anda yang merana.
  8. Kalau pakai prepaid bajet RM30 sebulan, cukup RM30 saja. Jangan topup setiap minggu pulak. Nanti kos anda lebih banyak daripada pengguna yang pakai bil.
  9. Tanya ejen SOP pakej yang ditawarkan. Ada hidden cost atau caj lain tak. Fahami apa terma dan syarat pakej yang ditawarkan. Ada kontrak atau tidak.

Cukup 9 tips bagaimana anda nak memilih telco yang sesuai. Jangan buat kesilapan. Elak kerugian setiap bulan. Berjimat lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.