CALL OFF NET / ON NET

Perasan tak dalam pakej redONE ada tertera ‘unlimited call on net only’. Bagi yang dah guna pakej redONE, cuba dial *123#, tekan nombor 1 dan rujuk pada kegunaan semasa.

Nampak macam gambar kat bawah ni..

Apa maksud offnet ni?..

Bahasa mudahnya, panggilan OFFNET bermaksud panggilan yang dibuat daripada telco yang korang guna sekarang kepada telco selainnya.

CONTOH, korang guna telco redONE dan buat panggilan ke rangkaian lain seperti Maxis, Digi, Celcom, Umobile, Yes dan lain-lain itulah dinamakan panggilan OFFNET.

Panggilan ON NET pulak bermaksud panggilan yang dibuat ke rangkaian yang sama sahaja. Contoh korang buat panggilan dari redONE ke redONE je.

Kalau dalam pakej postpaid korang langgan ada tertera ‘unlimited call’ maknanya korang boleh la buat panggilan OFFNET ni. Tapi tertakluk kepada terma dan syarat ye.

Bacalah terma dan syarat unlimited call telco masing-masing sebab ramai yang ingat unlimited call tu boleh call ke mana-mana sesuka hati. SKMM pun dah tetapkan terma dan syarat kat semua telco yang promosikan pakej ‘unlimited call’ ni. Korang rajin-rajin la baca infonya.

Jangan cakap takde orang bagi tau plak..hehe..

Harap jelas la ye..

One thought on “CALL OFF NET / ON NET

Leave a Reply

Your email address will not be published.