KENAPA INTERNET SLOW

Ada banyak punca kenapa talian internet anda jadi perlahan. Tetapi kebanyakan pengguna akan salahkan pihak telco terus.

Bukan nak sebelahi mana-mana pihak. Kalau tak bagus pun saya akan kata tak bagus juga.

Ada kes pengguna bertanya kenapa line internetnya slow. Saya nak tergelak je ditanya soalan macam tu. Kenapa? Sebab bukan saya yang guna telefon tu.

Telefon di tangan pengguna. Sepatutnya mereka lebih tahu.

Ada beberapa faktor yang menjadikan talian internet di telefon pintar pengguna menjadi perlahan. Antaranya :

  • kemungkinan bukan masalah talian, tapi masalah telefon yang dah berat. Terlalu banyak aplikasi tak penting install dalam telefon. Banyak video, gambar, games yang disimpan lama.
  • kemungkinan masih guna telefon yang support 3G dan bukan 4G. Jadi, bila pengguna lain dapat akses internet laju, cuma ada seorang dua sahaja yang akan alami masalah macam ni.
  • kemungkinan juga berlaku masalah coverage di sesetengah tempat. Bukan semua tempat ada line redONE. Tapi berbaloi la apabila telco lain pun takde line kat lokasi yang sama.
  • ada kes terpencil slot simkad dalam telefon pintar pengguna bermasalah. Masuk simkad ada tertulis emergency sahaja. Simkad masuk ke telefon lain boleh guna. Masuk ke telefon sendiri tak boleh pula.
  • ada kes juga talian okey. Network 4G tetapi pengguna tak boleh nak akses internet. Masalah ni dikenal pasti berpunca daripada setting APN telefon pintar pengguna. Saya akan kupas isu ni dalam topik yang lain.
  • masalah kabel / rangkaian itu sendiri. Yang ini jutaan pengguna akan terjejas. Bukan seorang dua saja yang terjejas.
  • talian di sekat sebab lewat bayar bil, ada tunggakan bil lama belum dibayar, pengguna dah tertunggak bil selama 2 bulan tapi cuma bayar bil sebulan saja

Jadi, jika berlaku lagi talian internet perlahan, tiada coverage, pengguna kena terus hubungi operator sebab info ini hanya ada pada operator. Bukan pada ejen.

Tugas ejen cuma buat promosi, daftarkan pengguna, terima bayaran bil pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published.