KEMPEN DUDUK DI RUMAH

Susulan pengumuman Perdana Menteri pada Isnin lalu mengenai bencana wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, semua rakyat digesa untuk kekal tinggal di rumah bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Rakyat hanya dibenarkan keluar sekiranya terdapat urusan yang penting sahaja. Jika membeli makanan, perlu dibungkus di bawa pulang. Jika ke pasar raya, dilarang membawa anak kecil dan pastikan jarak 1 meter dengan orang lain. Pastikan kebersihan diri dijaga seperti tidak menyentuh muka, cuci tangan dan kerap mandi.

Kebanyakan premis kerajaan dan swasta ditutup bagi membendung wabak ini menular dan menjadi semakin serius kecuali premis yang dibenarkan beroperasi.

Setakat artikel ini ditulis, cuma 60% rakyat sahaja yang patuh pada perintah yang dikeluarkan. Masih ada kedegilan rakyat yang tidak mahu mendengar arahan.

Anggota tentera akan dikerah jika perlu. Demikian ucapan Menteri Pertahanan dalam berita sebentar tadi. Jangan sebar berita palsu pasukan ATM dah ambil alih pulak.

Rakyat Malaysia, sila duduk di rumah. Janganlah keluar ke mana-mana. Sama-sama kita bantu barisan depan hadapi virus COVID-19 ini.