DUIT OH DUIT

Kata orang “..duit banyak pun belum tentu boleh bikin bahagia..” – Ini sembang orang yang cetek pemikiran.

Kalau ada duit pun tak bahagia, yang takde duit macam mana pulak nak bahagia?

Konsep bahagia tu subjektif.

Ada orang gajinya sikit. Tapi berkat dan cukup makan pakai hingga hujung bulan. Siap boleh menyimpan lagi.

Ada orang gajinya besar. Tapi sentiasa rasa tak cukup. Mereka cari lagi duit. Takpe lah sekurang-kurangnya ada usaha nak tambah side income.

Ada orang langsung takde duit. Ada gaji hari ni, esok lusa habis. Masuk hari berikutnya tebalkan muka meminjam duit.

Sebagai manusia yang dilahirkan lengkap segala fizikal, akal yang sihat, masa 24 jam sehari, gunakanlah untuk aktiviti yang boleh menambah sumber kewangan kalau dah tahu hidup sendiri tu susah.

Kalau dah tau hari ni gaji, esok lusa habis, takkan nak meminjam je setiap bulan. Carilah side income. Ada banyak cabang bisnes yang kita boleh buat.

Jangan suka menipu kata takde masa sedangkan Allah beri waktu kepada setiap hambanya sama rata 24 jam sehari.

Berusahalah mencari sumber pendapatan kedua.

Ada duit belum tentu happy. Kalau takde duit lagi sengsara.

Dapat sesuatu?..

Leave a Reply

Your email address will not be published.