FAKTOR KELAJUAN INTERNET

Semua pengguna telco inginkan kelajuan internet setiap kali mengakses ke media sosial atau website mahu pun ketika membuat kerja-kerja online

Internet perlahan menjadikan semua orang bengang termasuk saya sendiri.

Apakah faktor yang mempengaruhi kelajuan internet? Jom sama-sama baca dan ambil tahu.

  1. TELEFON – jika anda menggunakan telefon model lama, mungkin dengan kapasiti ram dan memori yang rendah akan memperlahankan kelajuan internet anda. Ada juga pengguna yang install pelbagai aplikasi dan semuanya berjalan serentak hingga mengganggu kelancaran sistem.
  2. SPYWARE/MALWARE – keghairahan pengguna klik pada link scammer atau install aplikasi tidak diperakui boleh mengundang padah. Virus boleh menyerang peranti dengan mudah menyebabkan peranti anda ‘sakit’ untuk bergerak pantas.
  3. BANDWITH – terlalu ramai pengguna mengakses ke website dalam satu-satu masa menjadikan server sesak dan akses menjadi perlahan.
  4. DATA – kehabisan data high speed dan pengguna mengakses aplikasi atau website menggunakan data basic akan menyebabkan internet jadi perlahan atau ambil masa yang lama untuk loading.
  5. COVERAGE – kemungkinan pengguna berada di luar kawasan liputan internet menyebabkan mereka hadapi kesukaran mengakses internet. Boleh jadi juga apabila sesuatu kawasan bertumpu kepada satu penggunaan rangkaian sahaja. Kelajuan internet akan menjadi seperti nombor 3 di atas. Tak semuan telco support coverage di semua tempat. Semak coverage anda.
  6. TALIAN – barangkali ada berlaku masalah capaian internet di penyedia telekomunikasi masing-masing. Sila hubungi operator telco untuk bantuan. Bukan call ejen. Ejen hanya penjual. Ejen bukan menjaga bahagian teknikal.
  7. SETTING – sesetengah telefon memerlukan setting APN yang betul dalam telefon bagi memastikan kelancaran penggunaan internet.
  8. SPEED CAPPED – kelajuan data dikawal. Ada telco menyediakan speed capped bagi pakej tertentu. Jadi, apabila menghampiri data maksimum, automatik kelajuan internet diperlahankan. Untuk tambah kelajuan, pengguna kena beli data tambahan. Ada juga penyedia rangkaian yang tiada speed capped. Mereka open semua. Dalam situasi ini, apabila pengguna mengakses internet, internet akan jadi sangat laju tanpa masalah. Namun, kelajuan internet berdasarkan data yang dilanggan sahaja. Sebab itu ada telco yang tawarkan pakej unlimited tetapi dengan syarat speed capped 5mbs, 10mbs dan sebagainya. Data memang ada, tapi capaian internet tidak selaju open speed capped. Sebab tu data terasa lambat habis. Berbanding dengan open speed capped, internet laju tapi data akan cepat habis jika tidak dikawal penggunaannya.

Okey. Setakat itu sahaja saya nak kongsikan untuk hari ini. Insya Allah akan ulas lagi mengenai tajuk ini dalam posting yang lain.

Anda pengguna prepaid yang selalu topup setiap minggu hingga kos melebihi bajet? Bertukarlah ke pelan postpaid yang murah hari ini.