FAHAMI SOP PENGGUNA

Sebelum melanggan pakej internet dan call yang ditawarkan oleh mana-mana telco, pastikan anda bertanya dengan lebih jelas pakej yang hendak dilanggan supaya anda jelas dan faham.

Selepas anda dengar penjelasan dan bersetuju untuk melanggan pakej, bermakna anda faham segala info awal yang telah dimaklumkan kepada anda.

Selepas mendaftar pakej, anda seharusnya membuat semakan semula pada pakej yang dilanggan, maklumat peribadi yang dicatat dalam sistem, buka email dan dapatkan nombor Customer Service / Operator daripada ejen yang daftarkan anda.

Pastikan tiada kesalahan maklumat dalam pakej langganan anda. Segera buat pembetulan jika berlaku kesilapan semasa pendaftaran awal.

Pastikan anda faham penggunaan data dan call yang dilanggan. Ada telco memberi pelbagai versi kelajuan data pada pengguna. Ada pakej murah tapi unlimited data dan berbeza kelajuan. Ada data high speed tidak dinyatakan kelajuan data, ada tawaran unlimited call tetapi ada pengecualian dan boleh dikenakan caj serta banyak lagi yang anda perlu faham.

Semasa pendaftaran, anda hanya berkomunikasi secara lisan dengan ejen yang daftarkan anda. Tapi maklumat penuh tentang pakej anda WAJIB baca sendiri di website syarikat telco tersebut.

Baca dan faham tentang peraturan penggunaan pakej yang anda langgan supaya tidak timbul isu dikemudian hari.

Ramai yang tidak baca dan tidak faham dengan jelas perkara ini. Sebab itu saya tidak hairan apabila ada pengguna merungut talian internet perlahan, bil tidak sampai ke email, data cepat habis atau sebagainya.

Sekiranya kita faham pakej pilihan sebelum buat keputusan untuk melanggan, isya Allah tiada masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.