EMPAT PESANAN

Empat (4) pesanan Rasullullah.

Pertama – Memberi Salam

Nabi S.A.W memberi pesan kepada kita supaya memberi salam. Walaupun semasa mengangkat telefon, lebih baik kita dulu yang memberi salam untuk membezakan orang yang menelefon adalah orang yang Islama atau bukan Islam.

Tidak salah memberi salam kepada yang bukan Islam kerana mereka juga manusia.

Kedua – Bersedekah

Nabi menasihati umatya supaya memperbanyakkan sedekah. Orang yang banyak bersedekah digelar ‘dermawan’ dan orang yang paling dermawan adalah yang menginfaqkan keseluruhan pendapatannya.

Namun, Rasulullah membenarkan para sahabatnya membuat demikian berdasarkan keadaan. Ada sahabat yang dibenarkan bersedekah keseluruhan pendapatannya, ada yang dibenarkan sebahagian sahaja.

Ketiga – Jaga Silaturahim

Nabi juga berpesan supaya kita sentiasa menjaga silaturrahim. Permulaan silaturrahim terbaik adalah dimulakan dengan berjemaah di masjid-masjid atau di surau. Kemudian boleh diteruskan dengan persatuan, kelab dan sebagainya.

Keempat – Solat Tahajjud

Nabi juga berpesan, bangunlah solat tahajjud di waktu malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur.

Sesungguhnya di akhirat kelak keadaan manusia yang berjaya masuk syurga didapati dengan pelbagai keadaan. Orang yang berjaya mengamalkan empat (4) pesanan Nabi ini nanti akan masuk syurga dengan sejahtera.

Diambil dari facebook : Majlis Ilmu bertarikh 3/4/2019

One thought on “EMPAT PESANAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.