CEK ‘COVERAGE’

Biasanya dalam penggunaan telco ni kan, bab panggilan biasanya tak jadi isu sangat. Kat mana-mana kawasan boleh buat panggilan. Cuma kena caj atau tak je.

Yang menjadi isu biasanya masalah coverage, kuota data. Setuju tak?

Ramai yang melanggan pakej internet hari ini lebih fokus kepada tawaran harga yang murah. Macam-macam boleh dapat ‘FREE’ dengan pakej murah. Malas nak senaraikan. Korang boleh search sendiri kat google.

Tapi kena hati-hati jugak. Harga murah pun tapi coverage mengecewakan, susah jugak. Bayar mahal tapi line slow lagi la sakit jiwa. Panazz.. Haha..

Testimoni pengguna

Jom semak apa tindakan kena buat sebelum korang nak melanggan pakej internet dari mana-mana telco.

  • Periksa coverage dekat lokasi yang korang kerap pergi. Bermaksud kawasan korang selalu pergi tu memang tempat yang selalu korang gunakan internet. Contoh, kat rumah, tempat kerja, tempat memancing.
  • Cek sama ada line kat kawasan tu okey ke tidak. Korang boleh pergi ke centre telco dan cek dengan staff kat sana.
  • Boleh jugak download aplikasi untuk semak coverage terbaik. Tapi tak tahu la sejauh mana keberkesananan aplikasi tu.
  • Kalau takde liputan internet, sekurang-kurangnya korang masih boleh buat panggilan dekat kawasan tu.
  • Bagi korang yang mementingkan penggunaan internet berbanding panggilan, pastikan line yang korang nak guna tu berbaloi-baloi dengan pakej yang korang langgan.
  • Pastikan pakej yang korang nak langgan tu sesuai dengan kemampuan kewangan.
  • Jangan bangga sangat dapat langgan pakej mahal, data laju tapi tak mampu nak bayar komitmen setiap bulan.
  • Jangan bangga guna data mahal dan laju, tapi akhirnya bil tertunggak setiap bulan. Maluuuuuu weii….

Okey. Cukup setakat tu dulu.

Jom saya nak share kat korang tentang pakej internet dari redONE pulak. Masih ramai yang tak tahu redONE ni syarikat apa, telco apa. Meh saya share sikit.

Pilihan pengguna

redONE menggunakan rangkaian mudah alih Celcom Axiata. Kat mana ada rangkaian Celcom, kat situlah jugak ada rangkaian redONE.

Nak tahu tak pada tarikh posting ni ditulis, sekarang ni dah ada lebih 1.2 juta pengguna redONE di seluruh negara.

Nama pakej : A28
Nama pakej : A28 + redCALL
Nama pakej : A48+
Nama pakej : A48 + redCALL

Leave a Reply

Your email address will not be published.