CARA BAYAR BIL redONE

Setiap bulan, saya kerap terima aduan pelanggan redONE yang tak tahu macam mana nak bayar bil sendiri secara online.

Ini kerana sebelum ini ada yang sudah biasa ‘walk in’ ke kedai atau kaunter untuk membuat bayaran.

Tip buat pelanggan baru dan lama, apabila anda dah register pelan internet tu, jangan terus keluar dari kedai. Minta ejen atau pihak kedai tu ajar cara macam mana nak bayar bil, nak semak penggunaan semasa, tempat mudah nak bayar bil.

Haa, kena la membebel dulu sebagai mukadimah. Haha. Gurau je..😅

Okey. Posting kali ni agak panjang. Sebab saya nak kongsikan macam mana caranya pengguna redONE boleh bayar bil dengan cara yang mudah dan pantas.

Ya. Tak perlu la keluar rumah kalau takde urusan penting di musim PKP ni ye.

Bil mesti dibayar sebelum 5hb pada setiap bulan. Jika ada tunggakan, wajib bayar bersama tunggakan.

Ada beberapa kaedah nak bayar bil redONE secara online atau offline. Jom baca satu persatu.

  1. redONE 1App – yang ini kena download aplikasi dulu. Register, kemudian klik menu BILLINGS, kemudian tekan PAY NOW, tekan butang CONFIRM, pilih nak bayar dari bank mana. Ikut arahan sehingga pembayaran bil berjaya.
  2. Touch ‘n Go ewallet – yang ini anda kena download aplikasi juga. Pastikan dalam ewallet ada baki untuk buat bayaran bil ye.
  3. 7-Eleven – Kedai serbaneka ni ada di mana-mana dan dibuka 24 jam. Jadi kalau nak bayar bil kat sini, pastikan anda download dahulu bil dari email. Tunjukkan bil tu dekat cashier untuk scan.
  4. Maybank ATM – Yang ini anda kena cari mesin di bank lah ye. Macam biasa, klik pada bayaran bil, pilih redONE, masukkan jumlah bil dan tekan bayar.
  5. Maybank2u – Kaedah ini digunakan melalui online banking. Pastikan dalam akaun bank ada duit. Pilih bill payment, pilih redONE, masukkan nombor akaun dan jumlah bil.
  6. Direct debit – kaedah ni ada dua. Anda buat bayaran bil secara tetap melalui setting di akaun online banking ATAU pembayaran melalui kad kredit. Biasanya nak bayar melalui kad kredit ni, pastikan semasa register pakej redONE, anda maklumkan ejen nak bayar bil setiap bulan guna kad kredit. Barulah sistem akan auto debit. Kad kredit mesti sah dan aktif ye.
  7. GrabPay – biasa guna aplikasi ni nak tempah transport atau delivery je kan? Dalam aplikasi ini juga anda boleh buat transaksi bayaran bil redONE. Kena klik di bahagian PAY BILLS.
  8. JomPay – ini adalah kaedah pembayaran melalui transasksi online banking. Dalam setiap bil dah ada kod jompay ni. Masukkan kod tersebut untuk buat bayaran bil.
  9. Boost – ini pun salah satu aplikasi popular. Anda boleh download dan explore cara nak bayar bil redONE dalam aplikasi ni.
  10. e-PAY – biasa pergi stesen minyak, kan. Mesti ada ternampak logo ni dekat cermin kaunter atau pintu masuk. Anda boleh bayar bil redONE di mana-mana stesen minyak atau kedai yang papar logo e-PAY ni.
  11. Celcom payment kiosk – biasanya ada dalam pasar raya. Kalau terjumpa kedai Celcom Blue Cube, mesti ada mesin ATMnya. Anda boleh bayar bil redONE dekat mesin ATM tu.
  12. Ejen redONE – cara ni pilihan paling mudah. Hubungi ejen yang sah. Beri maklumat bayaran bil dan berurusan dengan mereka. Jangan lupa minta resit bil ye.
  13. Portal SELFCARE – kena klik link website DI SINI dan daftar untuk penggunaan kali pertama. Dalam website ni anda boleh download bil terperinci buat bayaran bil dari mana-mana bank yang tersenarai.

Itu saja perkongsian saya untuk hari ini.

Posting ini bertujuan untuk mendidik pengguna. Pengguna perlu bertanggungjawab terhadap penggunaan data internet, panggilan dan bil masing-masing.

NOTA PENGGUNA :

  • SIMPAN resit bukti bayaran setiap kali anda buat transaksi. Selepas bayar bil juga anda akan terima SMS bayaran telah dibuat.
  • JANGAN tangguh bayar bil. Nanti dapat bil ada yang buat-buat terkejut kenapa bil banyak sangat, kenapa bil sikit sangat. Anda yang pakai telefon tu. Bukan orang lain yang pakai. So, anda mesti tahu kenapa bil anda banyak atau sikit.
  • ELAKKAN tanya soalan remeh pada ejen seperti, “..encik, kenapa bil saya bulan ni macam tu macam ni ye?..”. Cuba buka email dan baca dulu bil yang dilampirkan.
  • INGAT – Segala penggunaan anda dicatat dengan terperinci dalam bil. Sila semak dulu bil anda. Bil boleh downlod dekat email. Baca dengan teliti. Jika ada kemusykilan, baru contact ejen atau pihak yang daftarkan anda atau terus hubungi customer service.
  • INGAT – Pastikan anda bayar bil tepat pada masanya. Elakkan lewat bayar bil atau talian anda mungkin akan disekat. Bila talian dah disekat mula gelabah komplen itu ini dengan ejen.
  • Bil anda, tanggungjawab anda. Bukan tanggungjawab orang lain.

Jangan lupa juga klik join group Telegram pengguna. Banyak saya kongsikan info PERCUMA di sana..😊

NOTA : Klik pada gambar untuk join group pengguna. Pastikan anda dah install aplikasi Telegram ye.

Share info ini kepada pengguna redONE yang lain. Kekal tenang. Jaga jarak dan jaga kebersihan diri setiap masa.

Semoga bumi 🇲🇾 kita diselamatkan dari ancaman COVID19. Insya Allah. Amiin..

NOTA : Waktu operasi mungkin berubah semasa PKP.