CARA ATASI GANGGUAN USB TV LED TOSHIBA

Ternah tak jadi macam ni kat televisyen korang? Time tengah syok tengok TV je keluar notis macam ni. Lepas tu TV korang akan asyik nak restart je.

Arahan kat skrin TV suruh cabut USB, restart TV semula. Tapi korang tak pasang pun USB kat TV. Pening kan?

Dengar cerita kalau hantar repair ni kosnya cecah RM400 jugak. Mahal jugak. Baik korang repair sendiri.

Saya bagi panduan macam mana nak repair tak sampai 30 minit pun.

LANGKAH 1 : Cari lapik skrin tv yang lembut. Senang korang nak buat kerja DIY nanti. Bukak semua skru yang dipasang dekat cover belakang TV ni yang bertanda anak panah.
STEP 2 : Cabut wayar sambungan dekat motherboard nih. Bukak skru utama dan keluarkan motherboard nih
STEP 3 : Nampak benda kecik warna hitam nih. Nama dia IC160. Benda ni la nak kena cabut daripada motherboard TV nih. Korang kena cabut dengan berhati-hati tanpa merosakkan part yang lain.
STEP 4 : Macam ni la rupa IC160 tu bila korang dah cabut dari motherboard. Lepas tu korang pasang balik semua wayar yang korang tanggalkan dari motherboard ni. Lepas tu tutup balik cover belakang TV dan skru ikut yang asal.
AKHIRNYA : Pasang TV, dah boleh bukak balik macam biasa. TV pun okey. Dah takde lagi isu. TV running macam biasa. Selesai masalah. Selamat mencuba. Cuma bila korang dah tanggal IC160 tadi tu, USB port korang dah tak boleh diguna pakai lagi ye..hehehehe..

One thought on “CARA ATASI GANGGUAN USB TV LED TOSHIBA

  1. Photo Auto Liker, Auto Liker, Auto Like, auto like, autolike, Status Liker, autoliker, Autolike, Working Auto Liker, Status Auto Liker, auto liker, Photo Liker, Autolike International, Autoliker, ZFN Liker, Autoliker, Increase Likes

Leave a Reply

Your email address will not be published.