BOLEH RENTAS DAERAH

Statistik pada hari ini

Setelah hampir tiga bulan duduk di rumah kerana penguatkuasaan SOP PKPB, dalam sidang media pada petang tadi, Menteri Kanan Keselamatan mengumumkan memberi kelonggaran kepada rakyat untuk rentas daerah

Namun, kelonggaran rentas daerah hanya dibuka dari kawasan yang dibenarkan sahaja.

Kawasan yang diumumkan sebagai PKPB dan PKPP sahaja dibenarkan untuk rentas daerah Kawasan yang dikenakan PKPD tidak dibenarkan rentas daerah. Nak rentas kena dapatkan kebenaran dulu.

Kawasan yang dikenakan PKPB dan PKPP tidak perlu lagi mendapatkan kebenaran dari pihak polis untuk rentas. Sekatan jalan raya juga akan ditarik balik bermula Isnin, 7/12/2020.

Begitu pun, pihak polis akan terus memantau pematuhan SOP dalam kalangan rakyat.

Dah diberi kebenaran rentas daerah tu, rakyat dah boleh tarik nafas lega sikit. Tapi jangan la sampai abai SOP kesihatan ye.

Sesiapa yang bercadang nak pergi bercuti di zon hijau, adalah menjadi tanggungjawab sendiri untuk memantau kesihatan kendiri.

Seperti yang selalu dipesan oleh Pengarah Kesihatan, pakai pelitup muka, elak berada di tempat sesak, elak sembang dekat, kerap cuci tangan.

Dapatkan rawatan segera jika didapati bergejala.

Klik gambar untuk info lanjut

Sumber : Berita Harian Online, KKM, MKN