BISNES DARI RUMAH

Klik tajuk untuk baca artikel.

Zaman serba maju dan canggih sekarang ni, ada pelbagai produk bersaing hebat antara satu sama lain.

Sesetengah produk memerlukan kedai fizikal untuk menggalakkan pengunjung. Tapi macam mana dengan pengunjung yang nak membeli tapi lokasinya jauh?

Di sinilah kelebihan berniaga dari rumah secara online. Sama ada part time atau full time. Saya percaya ramai dah tahu tentang perniagaan online ni. Tapi bukan semua orang boleh buat atas kekangan masa dan privacy.

Bagi yang minat berniaga dari rumah secara online, internet dah jadi satu keperluan. Barang wajib ada selain desktop atau laptop.

Lumayan ke berniaga secara online ni? Ya. Tak perlu dinafikan lagi. Lihat saja media sosial seperti facebook, instagram, you tube, whatsapp channel, telegram channel dan lain-lain media sosial yang mana ramai peniaga manfaatkan untuk menjana pendapatan.

Saya sendiri melakukan secara online, hanya gunakan telefon pintar. Cuma marketing tu kenalah buat setiap hari. Kenalah rajin promote produk di media sosial jika tiada website, blog atau tapak niaga online.

Lihat saja medium seperti Lazada, Shopee, Mudah dan lain-lain platform perniagaan online yang dimanfaatkan sebaiknya. Setiap hari ramai yang membeli barang secara online.

Dari segi kos operasi memang dah jimat sikit sebab anda tak perlu nak sewa kedai, bayar gaji pekerja, bayar bil utulity kedai dan sebagainya.

Cuma gunakan ruang kecil di rumah untuk simpan produk dan simpan bekalan tempahan pelanggan je.

Sebagai ejen redONE, bagaimana nak jana pendapatan secara online jugak? Mudah saja, setiap hari buat marketing untuk penduduk di kawasan sekitar dalam daerah je. Tak perlu jauh-jauh.

Biasanya saya akan maklumkan kepada penduduk sekitar saya adalah ejen redONE dan senaraikan jenis perkhidmatan yang dijalankan. Alhamdulillah setiap hari ada pelanggan nak daftar pakej, bayar bil, topup prepaid atau jelaskan bayaran bil utiliti.

Dan biasanya jika ada temujanji untuk pendaftaran pelanggan, memang saya akan jumpa pelanggan sama ada di rumah, kedai makan atau di pejabat.

Berbaloi dengan kerja yang saya lakukan dan pendapatan 4 angka sebulan cukup untuk bayar kos-kos sara hidup setiap bulan.

Berbaloi ke buat bisnes online ni? Jawapan saya, sangat-sangat berbaloi. Mula-mula takde skill memang rasa susah sikit. Bila dah amalkan dan biasa dengan cara kerja lama-lama akan mahir dan yang paling best income kita setiap bulan masuk akaun tu berbaloi-baloi..

Leave a Reply

Your email address will not be published.