BELANJAWAN 2021

Perbelanjaan bagi 2021 merupakan perbelanjaan terbesar dalam sejarah dengan nilai sebanyak RM322.5 bilion.

Berikut adalah summary Highlights Belanjawan 2021 

1. Pengeluaran dari Akaun KWSP 1, moratorium pinjaman untuk B40, kredit perkhidmatan e-wallet dan telco, pelepasan cukai pendapatan yang lebih tinggi dan beberapa faedah lain diumumkan.
– Kredit telco RM180 untuk B40 dan e-wallet RM50 untuk belia

2. Moratorium pinjaman yang bersasar untuk B40

3. BSH dijenamakan semula kepada Bantuan Prihatin Rakyat, serta faedah disemak semula

4. Kerajaan menaikkan pelepasan cukai:
– pelepasan cukai ke atas perbelanjaan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius daripada RM6,000 kepada RM8,000
– pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa dinaikkan kepada RM8,000

5. Pengeluaran bulanan RM500 dari Akaun KWSP 1 selama 12 bulan

6. Cukai ke atas e-cigaratte termasuk vape

7. Unit propaganda Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dihidupkan semula dan bonus RM600 untuk penjawat awam

8. Pas perjalanan bulanan RM5 untuk anak-anak sekolah; Pas RM30 dilanjutkan di Pulau Pinang, Kuantan

9. Kerajaan akan menyediakan pembiayaan mikro kredit khas RM95 juta untuk usahawan wanita
– Program bimbingan kepada lebih 2,000 usahawan wanita akan disalurkan melalui Program Pembangunan
Perniagaan Usahawan Mikro (BizMe)

10. Jangkaan kos bekalan vaksin melebihi RM 3 Billion melalui penyertaan COVAX

11. RM500 juta pada 2021 untuk melaksanakan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA)
– Dana teknologi tinggi bernilai RM500 juta akan disediakan oleh Bank Negara Malaysia bagi menyokong syarikat sektor teknologi tinggi dan berinovasi

12. Pengecualian duti setem:
– ke atas surat pindah milik dan perjanjian rumah bagi pinjaman pembelian kediaman rumah pertama bernilai sehingga RM500,000
– ke atas surat pindah milik diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai dilanjutkan selama lima tahun lagi

13. Kadar cukai istimewa kepada syarikat pengilang terpilih untuk memindahkan perniagaan ke Malaysia dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022

14. Skim Pembangunan Nasional bernilai RM1.4 bilion oleh Bank Pembangunan Malaysia diperkenalkan bagi menyokong pelaksanaan pembangunan rantaian bekalan domestik

15. Skim pembangunan maritim, logistik, skim pembiayaan pembangunan mampan, skim infrastruktur pelancongan dan dana pengangkutan awam akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023 dengan dana sebanyak RM3.3 bilion

16. RM20 juta telah diperuntukkan untuk meneruskan program pemilikan sijil minyak sawit mampan bagi merancakkan pertumbuhan dan meningkatkan daya saing industri sawit

17. Geran padanan sebanyak RM30 juta untuk menggalakkan pelaburan dalam mekanisasi dan automasi

18. RM3 bilion dikhususkan untuk syarikat berkemahiran tinggi seperti minyak dan gas serta aeroangkasa

19. Projek-projek diteruskan:
– RM15 bilion disediakan bagi membiayai antaranya Lebuhraya Pan Borneo, Landasan berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru dan Landasan Berkembar Lembah Klang (Fasa Pertama)
– meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), dan Sistem Transit Rapid dari Johor Bharu ke Woodlands, Singapura dan Laluan 3 Transit Aliran Massa (MRT3) di Lembah Klang

20. Skim Pembiayaan Teknologi Hijau 3.0 diteruskan dengan saiz dana RM2 bilion selama dua tahun sehingga 2022

Penulisan,
Farah Alan Wan Farah

Sumber: Teks Ucapan Belanjawan 2020, Bernama serta infografik Bernama

DISCLAIMER :

Semua maklumat dan media bergambar di atas diambil dari FB Asri Ahmad. Seorang pakar pelaburan saham bertauliah. Boleh rujuk maklumat ini di facebook beliau.

Anda juga boleh dapatkan bahan bacaan tambahan di akhbar tempatan yang membicarakan tentang belanjawan 2021 ini